2019 |
LISAN |
STANDARD-STANDARD PERBURUHAN |
PEMBAYARAN GAJI |
PARLIMEN |
Minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan usaha yang telah dilakukan oleh Kerajaan bagi mengatasi isu kelewatan pembayaran gaji kepada pekerja sektor swasta oleh majikan seperti pengawal keselamatan. |
|
2019 |
LISAN |
PERKHIDMATAN PEKERJAAN |
PENEMPATAN PEKERJAAN |
PARLIMEN |
Minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan berapakah kadar penglibatan pekerja tempatan dalam sektor 3D (Dirty, Dangerous, Difficult) dan apakah perancangan pihak Kementerian untuk meningkatkan lagi kadar penglibatan pekerja tempatan dalam sektor ini. |
|
2019 |
LISAN |
STANDARD-STANDARD PERBURUHAN |
OKU |
DEWAN NEGARA |
Peranan Kementerian Sumber Manusia (KSM) dalam memastikan golongan Orang Kurang Upaya (OKU) ini diserap ke alam pekerjaan?
Apakah yang dilaksanakan oleh Kementerian Sumber Manusia (KSM) bagi menggalakkan pengambilan Orang Kurang Upaya (OKU) bekerja atau OKU yang bekerja sendiri. |
|
2019 |
LISAN |
STANDARD-STANDARD PERBURUHAN |
OKU |
DEWAN NEGARA |
Dr. Ahmad Azam bin Hamzah minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan sejauh manakah majikan menerima pekerja OKU terutamanya dalam sektor swasta dan adakah kuota tertentu yang diwajibkan (ditetapkan) untuk pengambilan pekerja OKU ini. |
|
2020 |
BERTULIS |
PERKHIDMATAN PEKERJAAN |
PEMBERHENTIAN PEKERJA |
PARLIMEN |
YB Dato Sri Richard Riot Anak Jaem (Serian) minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan berapakah bilangan pekerja Lebuh Raya Borneo Utara Sdn. Bhd. yang diberhentiakn kerja ekoran keputusan Menteri Kewangan menamatkan kontrak syarikat itu sebagai Rakan Pelaksana Projek (PDP) bagi Projek Lebuh Raya Pan Borneo Sarawak dan usaha-usaha bagi membantu mereka ini
|
|
2020 |
LISAN |
STANDARD-STANDARD PERBURUHAN |
CUTI |
PARLIMEN |
Minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan apakah dibolehkan sekiranya pekerja memohon cuti tanpa rekod untuk membuat ulangkaji dan persiapan bagi pekerja yang sedang mengikuti pengajian untuk mengambil peperiksaan. Sekiranya tidak, apakah pihak Kementerian bercadang untuk memberikan keistimewaan tersebut.
Jika pekerja telah memohon dan mendapat kelulusan cuti tahunan dan tiba-tiba dia sakit dan mendapat cuti sakit atau cuti bersalin (meternity leave), maka cuti tahunan akan dianggap sebagai tidak ambil oleh pekerja. [Seksyen 60E (1B)]
Bolehkah majikan memaksa pekerja mengambil Cuti Tahunan?
|
|
2019 |
BERTULIS |
PERKHIDMATAN PEKERJAAN |
KES PENIPUAN AGENSI PEKERJAAN |
PARLIMEN |
YB Rantau Panjang membangkitkan isu sindiket penipu pekerja terutama pekerja yang ingin bekerja di luar negara. Sejauh mana pemantauan dibuat supaya mereka tidak ditipu oleh agensi pekerjaan tidak berlesen dan beberapa jumlah agensi pekerjaan yang diiktiraf oleh Kerajaan. |
|
2019 |
LISAN |
PERKHIDMATAN PEKERJAAN |
Jobs Malaysia |
PARLIMEN |
Apakah objektif penubuhan JobsMalaysia dan sejauhmanakah bahagian ini membantu pencari kerja dan majikan dalam mewujudkan peluang pekerjaan di negara ini ? |
|
2019 |
LISAN |
PERKHIDMATAN PEKERJAAN |
PENGGAJIAN PEMBANTU RUMAH ASING |
PARLIMEN |
Apakah kemahiran pembantu rumah Asing (PRA) sehingga mereka sehingga ada PRA yang menuntut gaji mereka dinaikkan ke paras RM1,200 atau lebih.
|
|
2019 |
BERTULIS |
STANDARD-STANDARD PERBURUHAN |
DASAR PERBURUHAN |
PARLIMEN |
Apakah peranan kerajaan/Kementerian melalui Jabatan Tenaga Kerja Sabah dalam usaha-usaha untuk menyampaikan pengetahuan mengenai dasar-dasar perburuhan serta standard-standard perburuhan kepada majikan/pekerja di negeri Sabah. |
|
2019 |
BERTULIS |
PENGUATKUASAAN |
Penutupan Syarikat (Faedah Penamatan) |
DUN |
Apakah tindakan yang diambil oleh Kerajaan/Kementerian melalui Jabatan Tenaga Kerja Sabah (JTK Sabah) sekiranya berlaku penutupan atau pengecilan operasi syarikat terhadap majikan dan memastikan pekerja-pekerja yang terlibat dengan pemberhentian mendapat perlindungan/faedah yang sewajarnya. |
|
2019 |
LISAN |
PERKHIDMATAN PEKERJAAN |
AGENSI PEKERJAAN SWASTA |
PARLIMEN |
Bagaimanakah jika Agensi Pekerjaan Swasta (APS) tidak menuntut wang jaminannya. |
|
2019 |
BERTULIS |
PERKHIDMATAN PEKERJAAN |
PENGANGGURAN |
PARLIMEN |
Apakah usaha-usaha pihak kerajaan/Kementerian terutama Jabatan Tenaga Kerja Sabah (JTK Sabah) dalam membantu mengurangkan kadar pengangguran di Negeri Sabah. |
|
2019 |
LISAN |
PERKHIDMATAN PEKERJAAN |
AGENSI PEKERJAAN SWASTA |
PARLIMEN |
Bolehkah sesebuah APS menyerah hak atau memindahkan lesen kepada orang lain. |
|
2019 |
LISAN |
PERKHIDMATAN PEKERJAAN |
AGENSI PEKERJAAN SWASTA |
PARLIMEN |
Datuk Lim Pay Hen minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan adakah Kementerian akan merombak semula agensi-agensi pekerjaan swasta dengan melakukan proses pemutihan dan penapisan ke atas agensi ini yang dipercayai terlibat dalam isu "modern slavery" dan pemerdagangan manusia. |
|
2019 |
LISAN |
PERKHIDMATAN PEKERJAAN |
Peluang Pekerjaan |
DUN |
YB Tuan Larry Soon@Larry Sng Wei Shien (Julau) meminta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan status terkini pelaksanaan komitmen kerajaan untuk mencipta lebih banyak peluang pekerjaan bergaji tinggi untuk anak-anak Sabah dan Sarawak sepertimana yang termaktub di dalam Buku Harapan. |
|
2019 |
LISAN |
PERKHIDMATAN PEKERJAAN |
Peluang Pekerjaan |
DUN |
YB Datuk Loretto S. Padua Jr [ADUN Dilantik- Keningau] bertanya kepada MENTERI PELAJARAN DAN INOVASI , apakah langkah yang diambil oleh kerajaan di dalam membuka peluang-peluang pekerjaan terutamanya di kalangan belia di Sabah yang telah mencatatkan jumlah pengangguran seramai 112,000 orang tahun lepas ? |
|
2019 |
BERTULIS |
PILIH BAHAGIAN |
AGENSI PEKERJAAN SWASTA |
PARLIMEN |
Apakah justifikasi untuk meneruskan pengenaan bayaran setinggi RM250,000? Sekiranya tiada justifikasi yang baik, saya berharap agar bayaran jaminan ini bolehlah diturunkan.
|
|
2019 |
LISAN |
PERKHIDMATAN PEKERJAAN |
Peluang Pekerjaan |
DUN |
YB Datuk Jahid Jahim [Tamparuli] bertanya kepada MENTERI PEALAJARAN DAN INOVASI:
a) Berapakah peluang-peluang pekerjaan yang telah diwujudkan oleh kerajaan sejak Mei 2018 hingga September 2019; dan
b) Apakah langkah-langkah yang telah diambil untuk mewujudkan peluang-peluang pekerjaan yang baharu?
|
|
2019 |
LISAN |
PENGUATKUASAAN |
Pembayaran gaji lewat |
DUN |
YB. Tuan Tan Lee Fatt [Likas] bertanya kepada MENTERI PELAJARN DAN INOVASI, apakah langkah kerajaan bagi membendung isu pengawal keselamatan dan tukang kebun di sekolah seperti isu lantikan, ketiadaan pekerja, masalah peralatan yang tdak mencukupi dan masalah pembayaran gaji yang lewat masih belum diselesaikan sehingga sekarang. |
|
2019 |
BERTULIS |
STANDARD-STANDARD PERBURUHAN |
Kebajikan pekerja |
PARLIMEN |
Apakah langkah-langkah yang dilaksanakan oleh Kementerian Sumber Manusia bagi memastikan kebajikan dan hak-hak pekerja-pekerja di Sabah terpelihara dan dilindungi daripada majikan yang mengambil kesempatan ke atas mereka. |
|
2017 |
BERTULIS |
PENGUATKUASAAN |
Buruh kanak-kanak |
PARLIMEN |
(a) Berapakah jumlah sebenar buruh kanak-kanak dalam negara ini setakat bulan Februari 2016 dan senarai-senarai majikan yang "employ" buruh kanak kanak; dan
(b) Adakah negara ini menjadikan satu kesalahan jenayah ke atas para majikan yang"employ" buruh kanak-kanak, dan jika ya, berikan butiran lengkap senarai para majikan yang telah didakwa.
|
|
2019 |
BERTULIS |
PERKHIDMATAN PEKERJAAN |
PELUANG PEKERJAAN |
PARLIMEN |
YB. Lipis mendapati rakyat ingin tahu apakah peluang pekerjaan yang dapat diberi oleh Kerajaan di Sabah. Beliau berharap Kerajaan akan telus untuk menyatakan yang benar.
|
|
2017 |
LISAN |
PENGUATKUASAAN |
Pemberhentian Pekerja (SFI) |
PARLIMEN |
Isu berkaitan Sabah Forest Industries di Sipitang
(a) Apakah peranan Kementerian Sumber Manusia dalam menjaga kebajikan dan masa depan pekerja-pekerja Sabah Forest Industries (SFI) di Sipitang yang lewat membayar gaji pekerja serta syarikat tidak beroperasi sepenuhnya.
|
|
2017 |
BERTULIS |
PERKHIDMATAN PEKERJAAN |
PELUANG PEKERJAAN |
PARLIMEN |
Program rehiring yang diluluskan oleh pihak kerajaan Negeri Sabah sebagai usaha proses pemutihan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) untuk Negeri Sabah. Apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh Kementerian Sumber Manusia dalam mempastikan peluang-peluang pekerjaan untuk pekerja tempatan tidak terabai dengan adanya Program rehiring tersebut.
|
|
2017 |
BERTULIS |
PERKHIDMATAN PEKERJAAN |
PENGANGGURAN |
PARLIMEN |
Pengangguran
Kadar Pengangguran di Negeri Sabah dilihat telah mencapai peratusan yang agak tinggi, iaitu 5%. Apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh Kementerian Sumber Manusia dalam mengatasi masalah ini. |
|
2017 |
LISAN |
PENGUATKUASAAN |
Buruh kanak-kanak |
PARLIMEN |
(a) Berapakah jumlah sebenar buruh kanak-kanak dalam Negara ini setakat Februari 2016 dan senarai-senarai majikan yang menggajikan buruh kanak-kanak ; dan
(b) Adakah Negara ini menjadikan satu kesalahan jenayah ke atas para majikan yang menggajikan buruh kanak-kanak dan jika ya, berikan butiran lengkap senarai majikan yang telah didakwa
|
|